LIGA BOLA SEPAK AMATUR JUNIOR (LAJ) 2013.
Bertarikh 21 Mei, 2013 oleh Mohamad Imran.
KEPUTUSAN MINGGU PERTAMA!




[ BORANG PENYERTAAN PASUKAN - muat turun di sini ]
- Bertarikh 14 Mei, 2013 oleh Muzafar Abdul Mutalib.

LIGA BOLA SEPAK AMATUR JUNIOR (LAJ), anjuran KELAB BOLA SEPAK TUNAS LAGENDA (ABTL) akan dianjurkan mulai 19 Mei hingga 07 Julai 2013. Tahun ini adalah tahun kedua penganjuran yang dijangka saingan yang lebih hebat dan akan melibatkan 600 orang pemain daripada 60 buah pasukan yang mewakili 17 buah Akademi Bola Sepak Tunas Lagenda manakala tahun 2012 hanya 25 buah pasukan bertandingan mewakili 9 buah cawangan akademi dengan hanya 325 orang pemain, iaitu hampir 100% peningkatan.
Tujuan diadakan LAJ ini bagi memberi peluang dan pendedahan sama rata kepada semua pemain ABTL terlibat dalam pembangunan bola sepak iaitu melalui siri perlawanan bola sepak. Penganjur yakin akan lahir ramai lagi bakat-bakat baru yang akan mengisi slot dalam pasukan utama Tunas Lagenda.
Kejohanan ini akan digunakan sebagai platform pertama pemilihan pemain ke Kem Latihan & Klinik Kejurulatihan Siri 3 - Nov 2013 sebelum pemilihan terakhir ke Siri Perlawanan Persahabatan TLFC menentang pasukan negeri-negeri di selatan (Melaka, Johor & Singapura) - Dis 2013.
Kejohanan ini juga merupakan sebahagian usaha TLFC membantu pembangunan bola sepak negara bagi MELAHIRKAN LAGENDA BOLA SEPAK NEGARA di masa hadapan.
Untuk makluman, pemain-pemain TLFC yang berumur 15 ke 17 tahun, mereka akan diserapkan dalam kategori bawah 14 tahun di bawah kuota khas dan akan mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Doa dan harapan saya agar pertandingan ini dapat diadakan dengan SEMANGAT KESUKANAN YANG TINGGI dan berlangsung dengan lancar seperti yang dirancangkan dan mendapat rahmat dan keberkatan dari ALLAH SWT.
Tunas Lagenda Kita adalah Satu Pasukan Kita Adalah Satu Keluarga...
Yang Benar,
Coach Muz
Pengarah Kejohanan LAJ & Jurulatih TLFC.
Coach Bakri Ibni
Penasihat Kejohanan LAJ & Ketua Jurulatih TLFC.
PASUKAN-PASUKAN YANG TELAH MENGESAHKAN PENYERTAAN.

Nota Minggu Pertama:
1) Setiap pasukan hanya bermain sekali bertemu setiap pasukan dalam setiap kumpulan.
2) Minggu pertama - Ahad ini 19 Mei di Padang Mardi Serdang. Semua pasukan wajib melaporkan diri kepada pengurusan seawal jam 8 pagi. Hanya perlawanan pasukan melibatkan Indera Mahkota, Jengka, Pahang (U14), Kepong U14, Bangi U14 sahaja ditangguhkan.
3) Semua perlawanan mesti dilangsungkan mengikut jadual - bermula seawal 8:30 pagi, jika pasukan tidak muncul pada masa perlawanan tanpa alasan yang kukuh, maka pasukan tersebut diisytiharkan kalah 0-3.
4) Jika kedua-kedua pasukan yang bertanding tidak muncul tanpa alasan kukuh, maka kedua-dua pasukan akan bolos otomatik 3 gol, dan tidak mendapat mata dan perlawanan tersebut ditambah 1 untuk kedua-dua pasukan.
5) Jadual perlawanan adalah muktamad, sebarang rayuan boleh dikemukakan kepada Coach Imran (017 667 6364) untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan.
6) Jumlah pemain dalam setiap kategori pasukan:-
Pemain Utama - Simpanan Minimum* - Jumlah*
U8: 6 pemain. - 4 pemain.* - 10.*
U10: 9 pemain - 5 pemain.* - 14.*
U12: 11 pemain - 6 pemain.* - 17.*
U14: 11 pemain - 6 pemain.* - 17.*
*Pemain simpanan boleh didaftarkan sehingga maksimum 9 pemain.*
7) Hasil mesyuarat pengurus pasukan pada Ahad 12 Mei baru-baru ini, semua pasukan diminta menghantar beberapa nama jurulatih sehingga berjumlah 10 orang - untuk menjadi PENGADIL SEPENUH MASA BERGAJI TETAP bagi katagori U8 U10 U12. Nama dihantar sekurang-kurangnya 2 hari sebelum hari perlawanan. Semasa hari perlawanan, setiap pengadil akan melaporkan diri kepada Coach Imran yang menjaga "match balls", bip, wisel, kad kuning & kad merah, jadual & keputusan perlawanan, nama penjaring & pemain terbaik.
8) Semua pasukan juga wajib menghantar senarai pemain kepada Coach Imran mengikut kategori: (Nama penuh - Umur - Kad Pengenalan - Posisi). Senarai dihantar sekali sahaja pada hari pertama pertandingan. Nama ini akan disimpan dalam rekod, dan akan dirujuk untuk pemilihan Tunas Lagenda, dan untuk apa-apa perkara berbangkit pada masa hadapan. Senarai nama adalah tetap dan tidak dibenarkan bertukar pasukan sehingga tamat musim Liga Amatur tahun ini - KECUALI ATAS RAYUAN YANG DIPOHON SEBELUM 2 HARI PERLAWANAN.. Pemain melebihi umur 2 tahun bagi setiap kategori - DIBENARKAN seperti berikut:-
U8: 2 pemain atas padang.
U10: 3 pemain (2 atas padang).
U12: 4 pemain (2 atas padang).
U14: 4 pemain (2 atas padang).
9) Yuran pasukan juga akan dibayar oleh pengurus kepada Coach Imran. Untuk permulaan, minggu ini semua pemain yang berdaftar dikenakan caj RM5 seorang. Dibayar kepada pengurus pasukan masing-masing.
10) Semua pasukan juga wajib membayar kos tiang gol baharu seperti yang dipersetujui dalam mesyuarat kepada Coach Imran. Sebarang tunggakan bayaran akan menyebabkan status perlawanan pasukan mungkin dibatalkan - KALAH PERCUMA.
11) Sebarang maklumat terkini akan dikemaskini berdasarkan persetujuan majoriti semua pengurus pasukan. Terima kasih. Majulah bolasepak untuk TUNAS LAGENDA!
Liga 1MCC-HongLeong Yamaha 2013 - U12 Div. 1
KELAB BOLA SEPAK TUNAS LAGENDA (TLFC)
Bertarikh 15 April, 2013 oleh Mohamad Imran.

Liga 1MCC-HLY 2013 Under-12 Division 1: Results - KELAB BOLASEPAK TUNAS LAGENDA.
WEEK 1 (SATURDAY) 16/2/2013.
1) Tunas Lagenda menang 1-0 Proficient FA.
2) Tunas Lagenda kalah 2-3 Red Giant Kids.
WEEK 2 (SUNDAY) 24/2/2013.
3) Tunas Lagenda kalah 1-2 Akademi Soccerkids MBSA.
4) Tunas Lagenda menang 3-0 MBJ United.
WEEK 3 (SATURDAY) 2/3/2013.
5) Tunas Lagenda menang 8-2 PNSB FC. [ Kemenangan terbesar! ]
6) Tunas Lagenda menang 2-1 CIMB-YFA Bintang Muda.
* CIMB mencatat kekalahan pertama sejak 2012! Satu-satunya kekalahan CIMB setakat ini!
7) Tunas Lagenda menang 4-0 Kuala Lumpur Youth Soccer (KLYS)
WEEK 4 (SUNDAY) 10/3/2013.
8) Tunas Lagenda kalah 1-2 PKNS FC.
9) Tunas Lagenda kalah 0-1 Kelab Nuri.
WEEK 5 (SATURDAY) 16/3/2013.
10) Tunas Lagenda menang 2-0 Junior Kids Perak.
11) Tunas Lagenda menang 3-0 Akademi Bolasepak MBPJ.
WEEK 6 (SUNDAY) 24/3/2013.
12) Tunas Lagenda menang 2-1 Jasmine Junior FC.
WEEK 7 (SATURDAY) 30/3/2013.
13) Tunas Lagenda menang 5-0 Royal Selangor Club (RSC).
14) Tunas Lagenda menang PERCUMA 3-0 Bintang Biru-Assumption FC.
WEEK 8 (SATURDAY) 6/4/2013.
15) Tunas Lagenda menang 1-0 Kelab Bolasepak Remaja Bersatu.
*KELAB BOLASEPAK TUNAS LAGENDA menduduki tempat ketiga Divisyen Satu dengan pungutan 33 mata - mencatat 11 kemenangan dan tumpas 4 perlawanan. Melakar rekod sebagai satu-satunya pasukan yang tidak seri kali ini. Menjaringkan 38 gol (rekod jaringan tertinggi liga) - dengan purata 2.5 gol, dan bolos 12 gol (purata bolos: 0.8 gol). Mencatatkan perbezaan gol sebanyak +26 (kedua tertinggi).
Dengan menduduki 8 tempat teratas liga - maka KB Tunas Lagenda layak ke peringkat Suku Akhir!

WEEK 9 (SATURDAY) 13/4/2013.
QUARTER-FINAL FIXTURES: KB TUNAS LAGENDA menang 1-0 RED GIANT KIDS.
SEMI-FINAL FIXTURES: KB TUNAS LAGENDA kalah 0-1 CIMB YFA Bintang Muda.
Walaupun gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir, namun prestasi TUNAS LAGENDA amat membanggakan apabila muncul sebagai salah satu pasukan kelab U12 terhebat yang digeruni dalam masa 2 tahun sahaja. Ini adalah hasil kerja keras semua pemain & jurulatih terutamanya pengorbanan Tuan Haji Bakri Ibni yang tidak jemu-jemu mendidik pemain yang dianggap sebagai anak-anak beliau juga!
Terima kasih Haji!
Semoga TUNAS LAGENDA maju jaya lagi di masa akan datang!
PENYOKONG SETIA PASUKAN TLFC!
MESYUARAT AGUNG PERTAMA
KELAB BOLA SEPAK TUNAS LAGENDA (KBTL)
SHAH ALAM 2013.
Bertarikh 2 April, 2013 oleh Muzafar Abdul Mutalib.

Tahniah Kepada Ibubapa/ Penjaga/ Jurulatih Yang telah dipilih Sebagai AJK Kelab Bola Sepak Tunas Lagenda Semasa Mesyuarat Agung (AGM) Sesi 2013:-
Presiden : Tuan Hj Bakri Ibni
Timbalan Presiden : Muzafar Bin Mutalib
Setiausaha : Norkhairilnizan Azimbazri (Coach Choe)
Bendahari : Puan Noraini Ramli
Juru Audit 1 : Puan Suraya Muhamad
Juru Audit 2 : Mohd Faizar Abdul Mutalib (Faizarfeaqar Noor)
Ahli Jawantankuasa :
1.) Che Bunga Binti Che Mat (Bunga Bahari)
2.) Mohd Kamarulzaman Bin Akasar
3.) Mohd Azhar Ramli
4.) Irwan Bin Adnan
5.) Mohamad Imran Bin Muhammad (Imran BabaFahri)
6.) Ruslee Malee
7.) Mohd Mubin Bin Mohd Yusof
8.) Baharuddin Salleh (Wakil TLFC Pahang)
9.) Azmi Jusoh (wakil TLFC Pahang)
Semoga dengan perlantikan ini, menjadikan TLFC lebih produktif dan efisien dalam menjalankan aktiviti kelab 2013 dan seterusnya menuju objektif kelab iaitu menghasilkan "Lagenda Bola Sepak Negara" dalam masa 6 tahun (sasaran 2018).
USUL UTAMA: Berkuatkuasa 1 hb April 2013:
1.) Ahli Remaja (Bawah 18 Tahun) Pemain-pemain yang ingin berada/ berlatih dan mewakili TLFC DIWAJIBKAN menjadi ahli dan membayar yuran pendaftaran & tahunan RM20.00 sebulan x 12 bulan = RM240.00
2.) Ahli Dewasa (Atas 18 Tahun) Ibu atau bapa atau penjaga pemain TLFC DIWAJIBKAN menjadi ahli dan membayar yuran pendaftaran & tahunan sebanyak RM100.00
3.) Penyokong TLFC - DIGALAKKAN menjadi ahli TLFC dengan membayar yuran pendaftaran & tahunan sebanyak RM100.00
Nota :
* BORANG PENYERTAAN hubungi Coach Muz atau Coach Choe (Norkhairilnizan Azimbazri)
* BAYARAN diserahkan kepada Puan Noraini Ramli.
Foto-foto sekitar Mesyuarat Agung (AGM):-
Kelab kebanggaan kita!
Hidup Tuan Haji Presiden!
Kehadiran ramai penyokong kelab - tanda sokongan padu!
Orang paling kuat TLFC yang dilantik menjawat jawatan baru! Hidup Tuan Timbalan Presiden!
Mereka yang lebih kuat di belakang orang paling kuat TLFC! Family is everything!
NOTIS MESYUARAT AGUNG PERTAMA KELAB BOLA SEPAK TUNAS LAGENDA (KBTL) SHAH ALAM 2013.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kelab Bola Sepak Tunas Lagenda Shah Alam akan mengadakan Mesyuarat Agong kali pertama seperti perincian berikut:
Hari : Sabtu
Tarikh : 30hb Mac 2013
Masa : 09.00 malam
Tempat : Asyik Selera Kopitiam, No 26 Jalan Opera A, U2/A, Section U1, TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Sebagai Ahli yang berdaftar di bawah KBTL Tuan/Puan adalah berhak dan layak untuk bersuara, mencalon/dicalon dan mengundi disepanjang tempoh berlangsungnya Mesyuarat Agong ini nanti. Bersama dengan ini disertakan BORANG USUL dan BORANG PENCALONAN untuk tindakan Tuan/ Puan dan diserahkan kepada setiausaha atau wakil kelab seperti berikut:-.
Encik Mohd Kamarulzaman Akasar (019 373 7308)
ATAU
Encik Farid Nordin (017 870 3021)
Mohon untuk membawa yuran tahunan sebanyak RM100 semasa pendaftaran. Justeru besarlah harapan kami agar Tuan/ Puan dapat menunaikan tanggungjawab dengan menghadirkan diri ke Mesyuarat Agong KBTL 2013 ini.
Cadangan agenda-agenda mesyuarat yang akan dibentangkan adalah:
a) Perlantikan ahli jawatankuasa induk yang baru:
- Presiden
- Timbalan Presiden
- Setiausaha
- Bendahari
- 9 Ahli Jawatan Kuasa
- 2 Juru Audit
b) Pendaftaran dan kutipan yuran keahlian
c) Aktiviti-aktiviti 2013
d) Menambah dana kelab selain kutipan yuran keahlian
e) Lain-lain hal
Kerjasama dan sokongan daripada pihak Tuan/ Puan kami ucapkan dengan jutaan terima kasih.
Yang benar,
MUZAFAR BIN ABDUL MUTALIB.
Setiausaha.
- Notis bertarikh: 14hb Februari, 2013. Salinan asal notis di [ sini ].
- Muatturun, cetak dan isikan:
* (1) Borang Keahlian Kelab Bolasepak Tunas Lagenda di [ sini ].
* (2) Borang Pencalonan Ahli Jawatankuasa Induk Sessi 2013 - [ sini ]
* (3) Borang Usul Mesyuarat Kali Pertama Kelab Bolasepak Tunas Lagenda (KBTL) Shah Alam 2013 - [ sini ]
* Selepas selesai, sila kembalikan semua borang yang lengkap ditandatangi - beserta yuran keahlian kepada AJK Kelab Bolasepak Tunas Lagenda, ataupun kepada wakil-wakil Akademi Bolasepak Kelab Nuri cawangan masing-masing. Terima kasih!
BAJU LATIHAN BARU 2013
Bertarikh 8 Mac, 2013 oleh Muzafar Abdul Mutalib.
*Contoh Nama Pusat Latihan: Kangar, Perlis.
Salam Ibubapa/ Penjaga/ Jurulatih/ Pemain Akademi Bola Sepak Kelab Nuri Bank Rakyat (ABKNBR).
Berkuatkuasa 1 Mac 2013, pihak pengurusan ABKNBR melalui agensi di lantik MRS (MRSOLID Enterprise) akan mengeluarkan Kemeja-T latihan baru dengan tujuan untuk menseragamkan pakaian semua pemain di seluruh pusat latihan ABKNBR.
Bagi pemain-pemain yang telah mempunyai jersi (Arora) sedia ada, jersi tersebut akan menjadi jersi pasukan ABKNBR dan Kemeja-T yang baru ini akan menjadi jersi kedua.
Terdapat beberapa saiz yang di keluarkan iaitu XXS, XS, S, M. Ibubapa/ Penjaga/ Pemain boleh membuat tempahan melalui jurulatih di pusat latihan masing-masing pada harga RM25.00 sehelai.
Warna Kemeja-T setiap pusat latihan adalah sama, tetapi yang membezakan antara satu ABKNBR dengan ABKBR adalah nama pusat latihan yang di cetak di hadapan baju.
Ibubapa/ Penjaga/ Jurulatih/ Pemain di galakkan untuk mendapatkan Kemeja-T baru ini kerana ianya akan di pakai semasa majlis pelancaran Liga Amatur Junior ABKNBR yang akan di adakan pada 27 April 2013 (Sabtu).
Sgala kerjasama dan sokongan semua pihak di dahului dengan ucapan terima kasih.
Yang Benar
Muzafar Abdul Mutalib
(Coach Muz)
Pengurus ABKNBR
PEMBUKAAN AKADEMI CAWANGAN BARU 2013
Bertarikh 18 Februari, 2013 oleh Muzafar Abdul Mutalib.
Pembukaan Akademi Bolasepak Kelab Nuri / Tunas Lagenda terkini pada tahun ini!
(1) Sabtu 23 Feb, jam 8am - 11am. SK Presint 8(1), Putrajaya.
(2) Sabtu 23 Feb, jam 4pm - 6pm. Multimedia University (MMU) Cyberjaya.
(3) *Ahad 24 Feb, jam 8am - 11am. SK Taman Maluri, Jln Wirawati 6, KL.
*perubahan terkini oleh pihak sekolah - harap maklum.
Hubungi Coach Wan - 017 3700 965 (Putrajaya) dan Coach Muz - 019 344 8333 untuk keterangan lanjut & pendaftaran!
Kepada warga Putrajaya, Taman Maluri, Cyberjaya - turunlah beramai-ramai! Majulah bolasepak untuk negara! Terima kasih!
Berita Akademi 2013.
*Kemaskini bertarikh 16 Januari, 2013 oleh Muzafar Abdul Mutalib.
Salam 2013. Masih belum terlewat untuk kita mengucapkan selamat tahun baru kepada semua. Semoga tahun ini Akademi kita lebih maju setapak lagi berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.
Berikut adalah beberapa berita terkini yang telah disampaikan oleh pihak pengurusan:-
1) Berita Gembira! Figos Sdn Bhd telah berbesar hati untuk menaja pasukan utama ABKN iaitu Tunas Lagenda bawah 12, 14 & 16 dalam penyertaan dalam Liga 1MCC 2013.
Semoga dengan sumbangan ini dapat menaikkan semangat pemain agar terus menuntut ilmu, berlatih dengan gigih dan bermain untuk kejayaan dalam Liga 1MCC kelak. Kerjasama ini harus dilihat dalam konsep win-win situation (menang-menang) antara dua pihak iaitu semua warga ABKN / TLFC diminta sama-sama untuk menyokong produk-produk Figos. Senarai produk figos boleh diperolehi dengan melayari laman web www.figosport.com. Kerjasama ini juga diharapkan dapat merealisasikan matlamat kita satu hari nanti bagi "Melahirkan Lagenda Bola Sepak Negara" satu hari nanti.
2) Bermula tahun ini Akademi Bolasepak Kelab Nuri Bank Rakyat (ABKNBR) akan juga dikenali AKADEMI BOLASEPAK TUNAS LAGENDA (ABTL). Ini kerana pemain-pemain terpilih dari ABKNBR dari seluruh Malaysia bermain untuk Kelab Bola Sepak Tunas Lagenda. Secara dasarnya Bank Rakyat telah bersetuju untuk menaja beberapa aktiviti kelab seperti Liga Amatur Junior, Pertandingan Bola Sepak Piala Kelab Nuri, Klinik Kejurulatihan dan Kem Bola Sepak dan Perlawanan Persahabatan Bola Sepak dengan pasukan-pasukan negeri.
3) Baju latihan baru ABKN 2013 akan dibekalkan kepada semua pemain yang berdaftar, dengan jersi lama Akademi Kelab NURI cawangan masing-masing; masih dikekalkan sebagai jersi pertandingan.
4) Para pemain berbakat yang dipilih oleh jurulatih masing-masing, sudah mula dihantar berlatih dengan Tuan Haji Bakri Ibni sejak minggu pertama lagi untuk persediaan pasukan Kelab Bolasepak Tunas Lagenda (TLFC) ke Liga U12 - 1MCC 2013. Sepanjang awal tahun ini, pusat latihan ditukar ke padang SS5D Kelana Jaya, kerana padang Sekolah Tamil Jalan Glenmarie, TTDI Jaya Shah Alam sedang dinaik-taraf. Jadi latihan pusat TLFC akan diadakan pada hari Sabtu/Ahad 8am-11am di Kelana Jaya sehingga notis baru diumumkan kemudian. Selain pemain U12, pemain U14 & U16 tahun juga diberi peluang untuk sessi pemilihan pasukan kategori umur masing-masing untuk pembentukan pasukan baru U14 & U16 yang lebih mantap.
5) Pusat-pusat latihan Tunas Lagenda terus menjalankan latihan masing-masing, dengan pendaftaran ramai bakat-bakat baru, beserta pembukaan beberapa cawangan baru di sekitar Lembah Klang. Dan berita terkini - ABKNBR telah berjaya mengadakan kerjasama dengan Yayasan Bekas Atlet Kebangsaan di mana para bekas pemain handalan negara akan membuka & melatih anak-anak kita dalam Akademi Tunas Lagenda. Nama-nama seperti Coach Azhar Sharif, Shahrul Azhar, Karim Pin dan ramai lagi bakal menyertai Tunas Lagenda seterusnya membentuk bakat-bakat baru yang bakal menjadi lagenda negara satu hari nanti!
Gambar kenangan YAKEB - Julai 2010 - Bakri Ibni (tengah) bersama pasukan veteran Malaysia dan Allahyarham Ghani Minhat.
6) Beberapa program aktiviti luar Kelab Nuri 2013 adalah seperti berikut:

Bagi pemain ABKNBR yang ingin mengikuti program-program cuti sekolah selain bola sepak boleh menghubungi terus Coach Muz di talian 019 361 0808
PENTING!
*Liga Bola Sepak Amatur Junior & Pertandingan Bola Sepak Kelab Nuri Bank Rakyat hanya KHAS untuk pemain-pemain yang berdaftar dalam Akademi Bola Sepak Kelab Nuri Bank Rakyat atau Akademi Bola Sepak Tunas Lagenda.
*Aktiviti Eksplorasi Alam Laut ke Pulau Perhentian & Kem Sahabat Alam - TERBUKA untuk semua pemegang Akaun Simpanan-i Nuri walaupun bukan pemain bola sepak... Tempat TERHAD! Berminat? Sila daftar SEGERA dengan Coach Muz!
Berita selanjutnya akan disiarkan lagi dari semasa ke semasa. Pengurus / jurulatih cawangan Akademi Tunas Lagenda boleh dirujuk / dihubungi di [ sini ], terima kasih!
Sertai kami di Tunas Lagenda Facebook untuk berita-berita terkini di [ sini ].
Majulah Bolasepak Tunas Lagenda untuk Malaysia!
Perlawanan Persahabatan di Perlis & Perak.
*Post terkini bertarikh 17 Disember, 2012 oleh Muzafar Abdul Mutalib.
*TERKINI:
Catatan Coach Muz -
"Perlawanan Persahabatan TLFC dgn Mykids Soccer Perlis & Perak berakhir semalam (16 Dec) persoalannya "Apa yang pemain TLFC belajar" dari perjalanan dan perlawanan ini? Kalah atau menang adat permainan... Coach Muz secara peribadi ingin mengucapkan terima kasih terutamanya kepada semua pemain walau dalam keadaan letih perjalanan jauh, masih juga dapat menunjukkan semangat kental berjuang. Kepada ibubapa / penjaga dan keluarga yang memberi sokongan terutamanya yang turut serta ke Perlis dan Perak, juga pada jurulatih2 dan krew 'menantu' yang dedikasi menjaga pemain2 semasa di luar dan di dalam padang... dan pada Hj Bakri Ibni, semangat 'bola sepak' telah mula meresap dalam jiwa TLFC... Keputusan perlawanan:
15 Dis 2012:-
U8 - TLFC 4 vs Mykids Soccer Perlis 2
U10 - TLFC 1 vs Mykids Soccer Perlis 4
U12 - TLFC 2 vs Mykids Soccer Perlis 4
U14 - TLFC 1 vs Sekolah Projek Perlis 2
16 Dis 2012:-
U8 - TLFC 1 vs Mykids Soccer Perak 1
U10 - TLFC 1 vs Mykids Soccer Perak 2
U12 - TLFC 4 vs Mykids Soccer Perak 4
U14 - TLFC 2 vs Sekolah Projek Perak 0
TLFC... The best.."
Rombongan pada pagi Jumaat sebelum bertolak (klik gambar untuk paparan lebih besar)
Sabtu - Semua pemain selepas perlawanan persahabatan di Perlis (klik gambar untuk paparan lebih besar)
U14 @ PERLIS.
Coaches vs Ex-Perlis.
U8 @ Ipoh Perak.
U14 @ Ipoh Perak
* Kredit foto-foto di atas kepada jurulatih / ibubapa - Lain-lain gambar boleh dilayari dalam Facebook Tunas Lagenda di [ sini ].
*TERKINI: Senarai 72 Nama Pemain Yang Terpilih :-
BAWAH 8 TAHUN:
1 Muhammad Taufiq Mohd Fuad (PUJ) – GK
2 Muhammad Shakir Zulfayri Bin Hassan (PUJ) – CB/ LB
3 Muhammad Nabil Aiman Bin M. Kamal (USJ) – RB
4 Firas Faiq Bin Ahmad Farid (Kajang) – LB
5 Muhammad Muaz Bin Mohd Mubin (Kajang) – LMF
6 Ahmad Zharfan Bin Ahmad Shukhairi (Melawati) – RMF
7 Muhammad Ammar Irham Bin Idwan Shah (PUJ) – FW
8 Adam Danish Danial Bin Mohd Zailani (USJ) – GK
9 K. Sujesh Manohar (Kajang) – FW
10 Muhammad Aqil Bin Rahmat (Kajang) – MF
11 Muhammad Farhan Daniel (Jengka) – CB
12 Muhammad Khairul Ikhwan Kamarulzaman (Kinrara) – FW
BAWAH 10 TAHUN:
1 Luqman Faris (USJ) – GK
2 Nu’man Hakim Abdul Rahman (Kajang) – RB
3 Muhd Syaizwan Irfan Bin Saide (PUJ) – LB/ CRB
4 Muhd Asyraf Mohd Junaidi (Subang Bestari) – CB
5 Wan Aiman Wan Suzian Hamidi (Indera Mahkota) – LB
6 Adam Hafiz Zairul (Subang Bestari) – CMF
7 Muhammad Nasyrullah Bin Mohd Zaki (Indera Mahkota) – CMF
8 Muhammad Fariszuddin Kamarulzaman (Kinrara) – LW
9 Ziad El Basheer Bin Norhisham (Kajang) – RW
10 Zahrul Nizam Zamri (Subang Bestari) – FWD
11 Muhammad Haritz Rafaae Bin Buhari – FWD
12 Mohamad Aiman Fahmi Bin Mohamad (Jengka) – MF/ FW
13 Abu Hurairah Azhar (Subang Bestari) – LW
14 Muhammad Aiman Irfan Bin Noor Ismadi (USJ) – MF
15 Muhammad Arman Irfan Bin Noor Ismadi (USJ) – MF
16 Muhammad Amri Bin Mohd Adnan (PUJ) – MF/ FW
17 Ameerul Aisy Baharuddin (Indera Mahkota) – CMF
18 Muhammad Adam Ilmam Bin Idwan Shah (PUJ) – LW
19 Muhammad Syazmi Zikry Bin Shuhelmi (Kepong) – MF
20 Muhammad Haziq Bin Mohd Azrol
21 Muhammad Khairi Bin Zahid
BAWAH 12 TAHUN
1 Ashriel Najmi Abd Lateb (Jengka) – GK
2 Muhammad Zakwan Bin Roslan (PUJ) – CB
3 Iqbal Daniel Aneeq Bin Ramlan (Jengka) – RB
4 Muhammad Diniz Bin Irwan (Kajang) – CMF
5 Ashrull Syah Bin Ahmad Azwan Syahrill (Banting) – CMF
6 Faizal Raffiq Bin Fazal Remi (USJ) – LW
7 Muhammad Iqbal Mohd Subki (Kajang) - GK
8 Muhammad Affiq Bin Muhamad Fazli (Melawati) – FW
9 Khairul Rizal Bin Zamri (Subang Bestari) – RW
10 Muhammad Arif Bin Mohd Munir (K.S’gor) – MF
11 Muhammad Naqiyuddin Faiz Bin Sanawi (Kajang) – MF
12 Muhammad Luqman Bin Zamzuri (Kinrara) – GK
13 Danish Haiqal Bin Azhar (PUJ) – MF/ FW
14 Muhammad Rayzul Iqman Bin Noor Azmi (USJ) – RW
15 Tuan Muhammad Akram Bin Tuan Faaeh (PUJ) – CB
16 Daniel Zulqarnain Bin Mohamad Rudzlan (Subang Bestari) – RW
17 Muhammad Aidil Izzat Bin Asrizal
18 Azim Al Amin
19 Zainul Ariffin Bin Ahmad Latifi
20 Muhammad Hakimi Bin Mohd Azrol
BAWAH 14 TAHUN
1 Muhammad Aqmal Bin Ahmad Tajuddin (Kepong) – RB
2 Muhammad Fitri Bin Junaidi (Jengka) – CB
3 Aiman Hafiz Bin Abdul Karim (Kajang) – CB
4 Nur Iman Iqmal Bin Mohd Noor (Kepong) – LB
5 Lukman Hakim Bin Hamzah – CMF
6 Amirul Aiman Bin Mohamed Ibrahim (Kajang) – CMF
7 Muhamad Qayyum Izzat Bin Tarmizi – LW
8 Ahmad Zhafri Aizat – RW
9 Azrill Syah Bin Ahmad Azuan Shahrill (Banting) – FW
10 Akmal Nurhakim Bin Mohd Kamal (Bangi) – FW
11 Muhammad Iszwan Aliff Bin Ismail (Indera Mahkota) – GK
12 Muhammad Haziq Bin Mohd Hanif (Bangi) – CMF
13 Wan Muhammad Sharom Bakri Ibni (Shah Alam) – LW
14 Muhammad Nazeem Bin Mohd Nazri (Bangi)
15 Muhammad Shahir Bin Zulkafli (Bangi)
16 Ahmad Fakhri Putra Bin Fauzi
17 Muhammad Syazwi Azri Bin Mohd Hasan
18 Ikhwan Bin Mat Zin
19 Muhamed Izmer Ridzuan
*Ini hanyalah panduan... Barangan lain adalah mengikut budi bicara ibubapa/ penjaga.



Kem Latihan Bolasepak
Akademi Bolasepak Kelab NURI, Bank Rakyat 2012.
Bertarikh 27 November, 2012 oleh Muzafar Abdul Mutalib.
GERMAN-MALAYSIA INSTITUTE (GMI), KAJANG, SELANGOR DE.
[ lokasi & peta ]
Bermula Ahad 2 Disember 2012 hingga Rabu 5 Disember 2012.
Para pemain & jurulatih bergambar kenangan selepas tamat 4 hari 3 malam Kem Bolasepak. Semoga semua mendapat manfaat, pengalaman dan ilmu daripada kem ini. Tahniah kepada para pemain yang terpilih ke Perlis & Perak nanti, serta terima kasih atas sokongan IBU BAPA / PENJAGA, JURULATIH & semestinya - PARA PEMAIN HARAPAN NEGARA! - "Admin - 6 Disember 2012."
Untuk koleksi foto-foto - sila klik di [ sini ].
Pertandingan Bola Sepak Piala Kelab Nuri,
Bank Rakyat 2012.
Bertarikh 19 November, 2012 oleh Muzafar Abdul Mutalib.


Keputusan Piala Kelab Nuri 2012 boleh dirujuk di [ sini ].
Keputusan Lengkap Liga Amatur Junior 2012 pula boleh dirujuk di [ sini ].
Terima kasih. Berjumpa lagi dalam edisi tahun hadapan 2013!
Foto Pilihan Bulan Oktober 2012.
Bertarikh 16 Oktober, 2012 oleh Mohamad Imran
Jaringan cantik oleh Muaz Mubin yang baru berumur 8 tahun, sepakan percuma TLFC yang menerjah jaring pasukan Goal Academy pada 7 Oktober di SMK Bandar Utama Damansara 2, Petaling Jaya.
Ikuti foto penuh Muaz Mubin di [ sini ].
Perlawanan Persahabatan Tunas Lagenda FC
OKTOBER 2012 (terkini!)
Bertarikh 11 Oktober, 2012 oleh Muzafar Abdul Mutalib.
*KEPUTUSAN PERLAWANAN TLFC v CORRU FC @ Danau Desa KL.
1) TLFC A menang 3-0 Corru FC ( Penjaring: Ziad El-Basheer [ 2 ] + Aidil )
2) TLFC A seri 2-2 TLFC B ( Ziad, Kamarul, Nu'man, Muaz )
3) TLFC B menang 7-0 Corru FC ( Muaz [ 2 ], Haziq [ 2 ], Shakir [ 1 ], GolSendiri [ 2 ] )
- Coach Muz: 10pm, 14 Okt 2012.*
Seperti yang sedia maklum, pasukan Tunas Lagenda Football Club (TLFC) adalah terdiri daripada himpunan pemain-pemain terbaik yang dikumpulkan dari semua pusat latihan Akademi (ABKNBR). Pada bulan ini TLFC telah dijemput untuk perlawanan persahabatan bagi membentuk kerjasama & memberi pengalaman dan pendedahan kepada seluruh pemain bagi setiap pasukan. Senarai pemain dihantar terus oleh setiap pengurus / jurulatih pusat latihan ke pusat latihan TLFC di TTDI Jaya Shah Alam, sebelum dilatih & ditapis oleh Tuan Haji Bakri Ibni dan Coach Muz untuk penyenaraian pemain terkini TLFC bagi menghadapi sebarang perlawanan persahabatan atau pertandingan.
Berikut adalah butir-butir perlawanan TLFC sepanjang Oktober 2012:-
1.) TLFC vs Mont Kiara International School ( Team U6 & U7 )
13 Oktober 2012 (Sabtu) Jam 8.00 pagi di Mont Kiara Inter. School.
2.) TLFC vs Corru FC (anak-anak orang Eropah): ( Team U8 & U9 )
14 Oktober 2012 (Ahad) Jam 8.00 pagi di Padang Bolasepak DBKL Taman Danau Desa, KL.
3.) Latihan mingguan di bawah bimbingan terus Coach Bakri Ibni: ( U10 / U12 / U14 )
Mulai 14 Oktober 2012 (setiap Ahad) Jam 8.00 di SJK(Tamil) Jalan Glenmarie, TTDI Jaya, Shah Alam.
Keterangan Lanjut : Coach Muz - 019 344 8333
Sila rujuk laman web rasmi TLFC di [ sini ],
dan ikuti diari tahunan TLFC / ABKNBR di [ sini ]. Terima kasih!
Berita Bolasepak Tempatan & Luar Negara 2012.
Bertarikh 9 Oktober, 2012 oleh Mohamad Imran.
Artikel terkini: "Creating Soccer Legends". klik di [ sini ].
Kami mengalu-alukan segala informasi & berita terkini bolasepak dalam atau luar negara untuk percambahan minda & penambahan pengetahuan kita semua. Sila rujuk di [ sini ] untuk berita / info bolasepak negara sejak 2012.
Terima kasih & majulah bolasepak untuk negara!
Senarai Terkini Pusat Latihan ABKNBR bermula
OKTOBER 2012 (terkini!)
Bertarikh 8 Oktober, 2012 oleh Muzafar Abdul Mutalib.
Demonstrasi Latihan Akademi Bola Sepak PERCUMA!
- Kelab Nuri Bank Rakyat TERKINI akan di buka seperti berikut:-
1.) SK Bukit Kuchai, Jalan 17, Taman Bukit Kuchai, Puchong, Selangor D.E.
Mulai 13 Oktober 2012 (Sabtu) Jam 8.00 hingga 11.00 pagi.
2.) SK Sri Kelana, Kelana Jaya, Selangor D.E.
Mulai 14 Oktober 2012 (Ahad) Jam 8.00 hingga 11.00 pagi.
3.) SK Bukit Bandaraya, Jalan Bangkung, Bangsar, Kuala Lumpur.
Mulai 20 Oktober 2012 (Sabtu) Jam 8.00 hingga 11.00 pagi.
Keterangan Lanjut : Coach Muz - 019 344 8333
Sila rujuk senarai lengkap semua pusat latihan di [ sini ],
dan ikuti diari tahunan ABKNBR / TLFC di di [ sini ]. Terima kasih!
Tunas Lagenda FC (U12): Anugerah Fairplay
Liga 1MCC 2012!
Bertarikh 11 Mei, 2012 oleh Farid Nordin.
Tahniah kepada semua pemain, jurulatih & ketua juruatih: Tuan Haji Bakri Ibni! Walaupun pasukan Tunas Lagenda (TLFC) terkandas di peringkat Suku Akhir Liga 1MCC 2012, namun anugerah "Permainan Terbersih" ini tetap diiktiraf sebagai kejayaan manis pasukan yang baru saja ditubuhkan tahun ini!
Penyampaian hadiah kepada ketua jurulatih & semua pemain akan dijalankan pada hari Ahad ini, 13 Mei 2012, jam 4:30pm di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.
Semoga tahun hadapan TLFC terus maju lagi dengan kebanjiran ramai bakat-bakat baru daripada seluruh pusat latihan ABKNBR! Layari laman web rasmi TLFC di [ sini ]
Soalan-soalan lazim guru / ibubapa (Q&A).
Bertarikh 9 March, 2012 oleh Muzafar Abdul Mutalib.
1) Apa hubungan Bank Rakyat dengan Bola Sepak?
Program Akademi Bola Sepak Kelab Nuri Bank Rakyat (ABKNR), merupakan satu program yang berobjektif untuk mendidik pelajar / pemain merancang kewangan (menabung) mulai sukan bola sepak. Juga mendapat sokongan Surat Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, KPM untuk masuk sekolah.
ABKNBR membantu menjayakan program 1 murid 1 sukan.
2) Kenapa pemain kena ada akaun simpanan-i NURI Bank Rakyat?
i. Kerana semua hadiah kemenangan dalam pertandingan dan syarat pertandingan yang dianjurkan Bank Rakyat akan di bank-in ke dalam akaun simpanan pemain.
ii. Rakan2 kerjasama strategik Kelab Nuri 2012, Mizi Sports menawarkan mulai 1 April 2012 kpd ahli Kelab Nuri yang membawa kad keahlian / ATM ke mana2 15 kedai Mizi Sports seluruh Malaysia akan dapat diskaun khas.
[ Rujukan akaun I-Nuri, Bank Rakyat ]
3) Apa beza ABKNBR dengan akademi/ kelab bola sepak yang lain di Lembah Klang / Malaysia?
Ada TIGA perbezaan utama:
i. Pemain kita dididik utk belajar menabung.
ii. Ketua jurulatih, Hj Bakri Ibni adalah satu-satunya bekas pemain era kegemilangan Malaysia (70an & 80an) yg mempunyai lesen A AFC, Diploma Kejurulatihan dari German FA, Sijil Kejurulatihan English FA yang sanggup turun padang untuk pembangunan bola sepak.
iii. Hj Bakri mensasarkan dengan latihan yang betul, kerap, displin pemain dalam masa 6 hingga 10 tahun akan lahir pemain berkualiti bertaraf bintang untuk mewakili NEGARA.
- DENGAN SOKONGAN:

[ Surat Kelulusan Kementerian - 2013 ]

- Agensi dilantik oleh Bank Rakyat sejak 2009:

Senarai Akademi
- Akademi Tunas Lagenda, Shah Alam.
- Tuan Haji Bakri Ibni.
- Coach Muz
- ( 019 344 8333 )
- Ampang.
- Coach Muz
- ( 019 344 8333 )
- Coach Muz
- Banting & USJ.
- Coach Kuzairy
- ( 019 379 5967 )
- Kajang
(Saujana Impian)
- Coach Imran
- ( 017 667 6364 )
- Coach Imran
- Kajang (Sg Sekamat & Taman Jasmin)
- Coach Wan
- ( 017 3700 965 )
- Coach Wan
- Kelana Jaya & Bangsar
- Ellie
- (019 344 7333)
- Ellie
- Kinrara (Bandar)
- Coach Faez
- ( 0122 446 977 )
- Coach Faez
- Klang.
- Coach Rozi
- ( 0122 352 598 )
- Coach Rozi
- Kota Tinggi.
- Coach Hamid
- ( 019 240 2132 )
- Coach Hamid
- Kuala Selangor.
- Coach Ridzuan
- ( 010 513 8498 )
- Coach Ridzuan
- Melawati (Taman) & Subang Bestari
- Coach Farid.
- ( 017 870 3021 )
- Coach Farid.
- Muazam Shah (Bandar) & Indera Mahkota & Bandar Pusat Jengka (Pahang)
- Coach Muz
- ( 019 344 8333 )
- Coach Muz
- Puncak Jalil (Taman)
- Coach Faizar
- ( 019 324 1074 )
- Coach Faizar
- Seri Putra (Bandar)
- Cikgu Ilmi
- ( 012 6522 977 )
- Cikgu Ilmi
- Shah Alam.
- Coach Wak
- ( 017 338 3244 )
- Coach Wak
- Taman Ehsan.
- Coach Angah
- ( 017 393 4158 )
- Coach Angah
- Tampin.
- Coach Hamzah
- ( 019 623 6894 )
- Coach Hamzah
Hikmah Kata ..
Pemain yang baik dihasilkan oleh jurulatih yang baik, jurulatih yang baik dihasilkan oleh "instructor" yang baik. Sesuatu program pembangunan bola sepak jika GAGAL menghasilkan pemain yang baik.. siapa yang patut disalahkan? Dalam senario Malaysia sekarang banyak pihak menyalahkan pemain jika Malaysia GAGAL dalam apa-apa pertandingan disertai, ini adalah salah. Oleh yang demikian, jika kita tidak mahu program pembangunan bola sepak (akademi) kita GAGAL, bukan sahaja pemain tetapi JURULATIH juga perlu sentiasa MENAMBAH ILMU dengan terus berguru dengan "instructor" yang berilmu & berpengalaman....
When there is no talking, there is no coaching. When there is no coaching, there is no learning.
When there is no learning, It is just a waste of time and money. .![]()
BAKRI IBNI
(Ex National player 70s & 80s,
ex national coach / instructor)












